Selain bakat, penampilan juga merupakan salah satu aset paling penting yang harus dimiliki oleh para selebriti. Oleh sebab itu juga ramai selebriti yang berlumba-lumba dengan gaya baru yang mereka pamerkan dalam setiap kesempatan. Mulai dari pakaian hingga rambut menjadi perhatian mereka saat akan hadir dalam sebuah acara.

Sama seperti pengacara popular Awal Ashaari yang kini tampil dengan gayanya yang memukau. Beberapa buah gambar yang dimuatnaik di Instagram, terlihat Awal memotong rambutnya sedikit lebih pendek dengan gaya dandy look dan mewarnakannya  jadi blonde!

Gambar berkenaan mendapat pelbagai respon daripada netizen dan majoritinya bertanya adakah solat Awal sah. Ini respon Awal sendiri mengenai isu tersebut :-

“Ia mengambil masa dua hari, dan 7 kali pemutihan untuk mendapatkan hasil rambut sebegini. Tidak ada setitik pewarna rambut yang terlibat dalam proses itu. Oleh itu, ia sah untuk solat.”

Apa-apa pun kami puji dengan gaya terbaru Awal ni. Selain nampak lebih fresh dan makin mempesona, penampilan baru dari Awal ini juga mampu menjadi daya tarikan tersendiri. Apa kata anda?