Apakah perasaan anda sekiranya kenderaan anda ‘ditarik’ pihak penguasa? Panik? Marah? Ataupun takut? Namun tidak bagi pelakon dan pengacara Sherry Al Hadad kerana dia masih lagi sempat berseloroh meskipun kereta miliknya ditarik pihak penguasa.

IKLAN

Parkir Di Kawasan Larangan

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad telah memuat naik dua rakaman video Insta-story nya dimana Hangat.com difahamkan keretanya ditarik akibat meletak di kawasan larangan. Malah dalam video tersebut, Sherry turut berpesan pada diri dan pengikutnya agar tidak lagi meletakkan kenderaan mereka di merata-rata tempat.

“Pengajaran hari ini ialah jangan letak kereta merata-rata ya”

Bakal Sambut Hari Lahir

Seloroh Sherry lagi, bulan November ini merupakan hari lahirnya dan turut tidak menyangka kejadian seumpama ini akan berlaku. Meskipun begitu, Sherry sudah mendapat kereta nya semula selepas membayar denda kompaun yang dikenakakan .Apa pun, selamat hari lahir buat Sherry, semoga terus sukses!

BACA  Fathia Latiff Tidak Lagi Bertudung! Spekulasi Netizen Cetus Perbalahan