Mungkin generasi baharu tidak mengenali siapakah gerangan seorang lelaki veteran yang membuat kemunculan khas dalam kebanyakan filem terbitan Marvel. Untuk yang tidak tahu, itulah Stan Lee yang merupakan pencipta kepada komik lagenda Marvel. Malah kebanyakan adiwira yang anda minati seperti Doctor Strange, Spiderman dan X-Men merupakan hasil ciptaannya.

Tiada Lagi Stan Lee

Hari ini, dunia dikejutkan dengan pemergian pengarah yang berusia 95 tahun itu. Menurut sumber, punca kematian Stan masih tidak dapat dipastikan. Terdahulu pada Julai yang lalu, isterinya Joan telah meninggal dunia akibat strok. Pasangan ini telah berkahwin selama 70 tahun sebelum kedua-dua nya meninggal dunia pada tahun ini.

Sempat Memuat Naik Gambar Berpakaian Seragam

Hasil tinjauan kami, mendiang Stan sempat memuat naik gambarnya yang berpakaian seragam WWII di Instagram nya semalam sempena dengnn Hari Veteran.

Sejak tersebarnya berita mengenai kematian Stan, rata-rata penggiat industri hiburan Hollywood terutamanya pelakon-pelakon yang membintangi filem terbitan Marvel mengucapkan ucapan takziah serta turut terkejut dengan pemergian bintang lagenda ini.Selamat tinggal Mr Marvel!

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Kereta Sherry Al Hadad Kena Tarik! Ini Sebabnya
Artikel Seterusnya[VIDEO] Tunku Aminah Mengalir Air Mata Ketika Ziarah Zaibo
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress