Beberapa bulan yang lalu, industri hiburan dikejutkan dengan khabar berita pelakon dan pelawak, Zaibo yang disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat malah dia dikhabarkan sudah dua tahun tidak terlibat dalam sebarang pembabitan seni.

Tunku Aminah Ziarah Zaibo

Mendengar perkhabaran tersebut ramai rakan-rakan artis menziahrah pelakon ini. Malah semalam, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim turut berkesempatan meluangkan masa melawat Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abdul Hamid.

Menerusi perkongsian The Royal Johor, Tunku Aminah ditemani suaminya Dennis Muhammad Abdullah dan wakil dari Yayasan Kanser Laksamana Johor yang hadir di kediaman Zaibo di Rengit, Batu Pahat.

Sebak Melihat Zaibo

Kongsi Tunku Aminah lagi, dia begitu meminati Zaibo sejak kecil lagi dan sitkom Under One Roof merupakan kegemaran baginda.

“Saya membesar ketika menonton Under One Roof. Saya memberitahu suami saya betapa lucunya dia dan menunjukkan kepadanya video tentang Zaibo”

Malah menerusi gambar tersebut, Puteri Johor itu dilihat mengalirkan airmata serta turut memberi sumbangan kepada Zaibo. Pada 2015,adinda Tunku Aminah iaitu Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim mangkat akibat penyakit kanser.