Pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang lalu, telah menyaksikan 6 orang peserta telah dipilih untuk berentap di konsert akhir. Salah satunya adalah, penyanyi legenda, Zamani.

IKLAN

Pemilihan Zamani telah mengundang reaksi negatif dari netizen kerana persembahannya yang bermasalah. Pada malam itu juga, juri tetap, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram dilihat enggan memberi komen persembahan pertama Zamani.

Hal ini telah mengundang rasa tidak berpuas hati di kalangan peminat fanatik Zamani, sehinggakan ada yang memberi amaran kepada Tok Ram di ruangan komen akaun instagramnya.

BACA  Jamal Abdillah Percaya Isterinya Izzati Terkena Gangguan Sihir

Sedar akan amaran itu, nampaknya Tok Ram tidak menunggu lama untuk membidas. Dia membalasnya dengan kata-kata yang tidak kurang pedasnya.

Ternyata, peminat meletakkan harapan yang tinggi kepada Zamani untuk bergelar juara GV5.  Selain Zamani, peringkat akhir GV5 turut memperlihatkan lima lagi peserta mara iaitu Amelina, Noryn Aziz, Dia Fadilla, Maya Ruslee dan duo berkumpulan Billy Zulkarnain.