Pelakon, Sherie Merlis menyuarakan kekecewaannya terhadap kepimpinan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) iaitu Presidennya, Zed Zaidi.

Sherie atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram berkata, sebagai ahli berdaftar, sehingga hari ini Zed Zaidi tidak pernah bertanya tentang manfaat dan pengalamannya selama menjadi ahli SENIMAN. Katanya, SENIMAN seolah-olah seperti tidak berfungsi.


Di ruangan komen, ada beberapa orang selebriti yang bersetuju dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Sherie. Antaranya pelakon Arash Mohd, Nabila Huda dan Tiz Zaqyah.

Sebelum ini, Tiz Zaqyah pernah menyuarakan kekecewaannya terhadap kepimpinan SENIMAN, terutama apabila niatnya mempertahankan hak sebagai ahli diselar Presidennya, Zed Zaidi. Dia tertanya-tanya apa faedah yang diterimanya kerana tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang aktiviti dan perkembangan terkini persatuan.

Artikel SebelumnyaSemakin Kacak! 12 Foto Terkini Anak Kareena Kapoor, Taimur Ali Khan
Artikel Seterusnya[VIDEO] Syamsul Yusof Bersyukur Pesalah Sebarkan Munafik 2 Dijatuhi Hukuman
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.