Sehingga ke hari ini, filem Munafik 2 mengungguli carta teratas serta turut mencatat sejarah sebagai filem yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman yang berjumlah RM 40 Juta. Namun begitu, kejayaan tersebut disusuli dengan khabar yang kurang enak dimana terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan filem tersebut secara tidak sah di media sosial.

Syamsul Yusof Ambil Tindakan

Ekoran itu, pelakon dan pengarah filem itu, Syamsul Yusof telah mengambil tindakan dengan membawa isu hak cipta dan jenayah cetak rompak itu ke mahkamah. Terdahulu, terdapat seorang netizen yang dikenali sebagai Sasuke Kun atau nama sebenarnya Muhammad Izwan Shah Kamal Shah didapati telah menyebarkan video tersebut di media sosial.

BACA  Kecoh! Syazwan Zulkifli Dikatakan Mesej Peminat Tentang Saiz Baju Dalam

Mahkamah Perintah Bayar Saman

Susulan daripada itu, Mahkamah Tinggi Taiping mengarahkan individu tersebut membayar saman berjumlah RM 100,000 kepada pihak Skop Productions.

View this post on Instagram

Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie "Taiping, 13 November – Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri @finasmalaysia @skmm_mcmc @gobindsinghdeo

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Jelas Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik nya di laman Instagram, tindakan yang dikenakan tersebut adalah pengajaran buat mereka di luar sana yang terbabit dalam jenayah cetak rompak. Jelasnya lagi, lebih ramai lagi individu dan pihak tertentu akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang sama.

BACA  Gaun Pun Seberat 45kg! Intip Kehidupan Mewah Anak Perempuan 'Bos' Swarovski