Detik-detik kelahiran anak ketiga Diana Nasir akhirnya menjelma tiba apabila Diana selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 10 November lalu.

Kongsi Gambar Anak

Menurut Diana di Instagram nya, dia telah selamat melahirkan anak ketiga nya itu pada pagi sabtu lalu dengan bayi seberat 2.93 kilogram.

Malah kakak kepada Anzalna dan Afifah Nasir ini juga telah berkongsi gambar anaknya yang menerusi posting terbarunya. Comel Sungguh!

Anggun Darniella Cahaya Mata Ketiga

Kongsi Diana lagi, bayi perempuan itu dinamakan sebagai Anggun Darniella. Menariknya lagi pangkal nama anaknya itu juga sama seperti anak kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena yang kini berumur 1 tahun 10 bulan.

Diana turut mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa dari rakan-rakan serta pengikutnya di media sosial. Kami di Hangat.com ingin mengucapkan tahniah buat Diana sekeluarga dan selamat berpantang!

SUMBERInstagram Diana Nasir
Artikel SebelumnyaDimalukan Aliff Syukri: Pihak Santesh Bawa Isu Ke Peguam
Artikel SeterusnyaNetizen Mahu Boikot Filem Polis Evo 2 Kerana Isu Sensitif?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress