Belum pun ditayangkan secara rasmi, namun filem Polis Evo 2 sudah menerima impaknya yang hampir sama dengan filem Paskal The Movie. Sejak beberapa hari yang lalu, hangat diperkatakan mengenai kempen boikot filem ini kerana terdapat beberapa unsur sensitif yang diperlihatkan menerusi tontonan trailernya.

Memburukkan Imej Berserban

Hasil carian kami mendapati rata-rata komen mendakwa filem sekual Polis Evo ini seperti merendah serta memburukkan imej orang Islam terutama yang memakai serban.

Tambah mereka, jalan ceritanya seolah-olah mencerminkan umat Islam sebagai pengganas dan jahat. Dalam Polis Evo 2, watak ketua pengganas Hafsyam Jauhari telah ditonjolkan menerusi lakonan Hasnul Rahmat yang membawa imej Islamik dengan pemakaian serban. Malah pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Dr Riduan turut mengajak bersama-sama memboikot filem ini yang dilabelkannya sebagai sebuah ‘filem sampah’.

Zizan Beri Penjelasan

Dalam perkembangan lain, menyedari akan hal tersebut hangat diperkatakan, pelakon utamanya Zizan Razak tampil memberi penjelasan. Menurut Zizan menerusi video secara langsung dimuatnaik nya baru-baru ini, tanpa menonton filem itu secara penuh peminat terlebih dahulu menjatuhkan ‘hukum’.

Jelas Zizan lagi, dia begitu kecewa kerana seluruh produksi mengerahkan seluruh tenaga untuk filem ini namun terdapat pula sesetengah pihak yang ingin memboikot. Nasihat Zizan, dia memohon kepada rakyat Malaysia untuk menonton filem ini terlebih dahulu sebelum mengeluarkan pendapat. Polis Evo 2 akan mula ditayangkan serentak di pawagam tanah air bermula 22 November ini.

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Diana Nasir Selamat Lahirkan Anak Perempuan Ketiga
Artikel SeterusnyaPenyanyi Thailand Ini Tukar Video Muzik Kerana Papar Adegan Malam Pertama
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress