Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo yang disahkan meninggal dunia jam 1.30 tengah hari di kampung halaman isterinya di Rengit, Batu Pahat.

Sempat Takbir 3 Kali

Menurut isteri Allahyarham, Siti Hawa Sawal, 52, suaminya ketika itu baru selesai mandi dan secara tiba-tiba batuk. Malah ketika itu dia sempat takbir sebanyak tiga kali sebelum rebah di pangkuannya dan beberapa anak yang turut menemaninya

“Dia baru selesai mandi masa tu dan tiba-tiba batuk. Tapi, dia sempat takbir tiga kali sebelum rebah,”

Perasan Perubahan Pada Zaibo

Menurut sumber lain, Siti Hawa perasan akan beberapa perubahan pada arwah suaminya. Tambahnya lagi, dia turut berpesan kepadanya supaya menjaga anak-anak meskipun anak tiri kerana dia dah menganggap mereka seperti anak-anaknya sendiri

“Pagi tadi saya tengok dia (arwah) macam tak mandi tapi dia kata mandi… mungkin nak sedapkan hati saya. Biasanya dia tak boleh nak makan, tapi tadi dia minta makan dan saya beri seperti biasa.

“Selepas itu, saya keluar sebab dia suruh belikan keperluan dirinya seperti lampin pakai buang, bila saya balik tengok dia dah lain. Mata dah lain dan saya syak kerana saya hari-hari lihat dia. Saya tengok kaki dia pun macam dah biru,”

Terdahulu, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, seperti dalam laporan Hangat.com turut menerima lawatan diraja oleh Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim. Pada 5 September lalu, Zaibo dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kanser esofagus (esophageal cancer) tahap empat.

VIABerita Harian
SUMBERSinar Harian
Artikel Sebelumnya35,000 Petisyen Bantah Maroon 5 Buat Persembahan Di Super Bowl 2019
Artikel SeterusnyaBekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress