Sebelum ini menerusi laporan kami kecoh memperkatakan mengenai segelintir pihak yang ingin memboikot filem Polis Evo 2 gara-gara terdapat dakwaan kononnya filem itu mempunyai unsur-unsur yang menjatuhkan imej agama Islam.

LPF Sahkan Polis Evo 2 Tidak Mempunyai Sebarang Isu

Terbaru, Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mengesahkan filem Polis Evo 2 diklasifikasikan sebagai lulus bersih (LB) dan tidak mempunyai sebarang isu untuk ditayangkan mengikut jadual. Menerusi satu kenyataan media, LPF memaklumkan filem berkenaan tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk kepada agama Islam seperti yang didakwa sebelum ini.

Ditayangkan Pada 22 November

Dalam perkembangan lain, filem yang menampilkan barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Erra Fazira dan Raline Shah itu akan mula ditayangkan di seluruh negara 22 November ini.

Polis Evo 2 mengisahkan mengenai Inspektor Sani dan Khai yang kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut.

SUMBERAstro Awani
Artikel Sebelumnya‘Betina Ni Hanya Berani Di Alam Maya Saja’- Ifa Raziah Sekolahkan Netizen
Artikel SeterusnyaSah! Ryan Reynolds Jadi Pikachu Pada 2019
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress