Pika Pika! Masihkan anda ingat akan perkataan ini? Jika anda tergolong dalam generasi Y dan Z pasti akan mengenali watak  Pikachu menerusi animasi Pokemon yang cukup terkenal. Malah sekitar dua tahun lepas, permainan digital Pokemon turut dilancarkan sehingga mencetuskan fenomena dunia!

Filem Pokemon Akan Ditayangkan Pada 2019

Mengikuti fenomena tersebut, Warner Bros Pictures telah menerbitkan filem ini dan menampilkan Pokemon sebagai watak utama nya yang berjudul Pokémon Detective Pikachu. Meskipun Pikachu adalah watak utamanya, menerusi trailer yang sudah dipertontonkan kelihatan watak-watak Pokemon yang lain seperti Psyduck, Charizard, JigglyPuff dan banyak lagi!

Ryan Reynolds Jadi Pikachu

Selain dari teruja dengan penerbitan filem ini, peminat juga terkejut apabila mendapat tahu watak Pikachu akan dibawa oleh Mr Deadpool, Ryan Reynolds.

Daripada watak gila-gila, tahun depan kita akan menyaksikan Ryan versi comel pula. Kami pasti anda tidak sabar untuk menonton filem ini bukan? Begitu juga dengan kami!

Artikel SebelumnyaNak Boikot? Ini Kenyataan Rasmi LPF Untuk Filem Polis Evo 2
Artikel SeterusnyaKonsert Charlie Puth Di Malaysia Tidak Dapat Sambutan?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress