Kehebatan filem Hantu Kak Limah yang ditayangkan pada tahun ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Meraih kutipan pecah panggung RM36.2 juta, ia menarik perhatian MAPS (Filem Animasi Park Studios) untuk mengangkat naskhah itu ke pentas teater.

Bakal dipentaskan bermula 24 November sehingga 31 Disember depan, ini adalah teater pertama diadakan di MAPS, di mana ia akan dipentaskan sebanyak dua kali.

Menyatukan kembali beberapa pelakon asal filem itu, Teater Muzikal Hantu Kak Limah mengekalkan Delimawati sebagai Kak Limah dan Ropi.

Pada majlis sidang media yang diadakan di Pejabat Korporat Kumpulan PKNP, Ara Damansara, ahli lembaga pengarah MAPS, Encik Ramelle Ramli mengumumkan harga tiket untuk seorang (dewasa dan kanak-kanak) berharga RM 90.

Pelakon utama HKL, Delimawati ketika ditemui pada majlis itu berkata, dia sangat teruja ditawarkan untuk berlakon teater ini kerana ia merupakan pengalaman pertama.

“Ia adalah pengalaman baru yang belum pernah saya lakukan lagi. Lebih seronok, teater ini diadakan di kampung saya, di Perak”- katanya

Tarikan Terbaru di MAPS

Pada majlis pengumuman itu, MAPS dengan bangganya melancarkan tarikan baharu Roller Coaster Boboboy Galaxy Cactus. Tarikan baharu ini menyasarkan kepada golongan keluarga terutama, kanak-kanak melengkapkan lagi perngalaman hiburan di MAPS.

Encik Ramelle berkata, pengunjung turut berpeluang membeli barangan eksklusif Boboiboy di kedai cenderamata Boboiboy Colectable.

“Selain itu Cafetaria Boboiboy yang terletak berhampiran turut menyediakan 20 pilihan buffet buat pengunjung. Tambah menarik peminat Boboiboy berkesempatan beramah mesra bersama Maskot Boboiboy Galaxy, “- ujarnya.

Selain itu, MAPS turut menawarkan Trilogy Illusion iaitu sebuah Ilusi Optik yang bakal menarik perhatian pengunjung, sebuah kolabrasi bersama Trilogy Magic Factory, yang pernah membawakan The Sacred Riana dari Indonesia.

Menerusi Dream Box pula, pengunjung berpeluang memenangi hadia cenderahati bernilai RM 500, pengalaman lagak ngeri, baucher makanan bernilai RM300 serta penginapan di Hotel Casuarina.

Artikel SebelumnyaKonsert Charlie Puth Di Malaysia Tidak Dapat Sambutan?
Artikel SeterusnyaSharnaaz Ahmad Rayu Doakan Kesembuhan Datuk
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.