Jika sebelum ini baju berkonsepkan nasi lemak menjadi perhatian netizen, kali ini Miss Universe Malaysia 2018 yang disandang oleh Jane Teoh bakal menjadi tarikan.

Pertaruhkan Konsep Bangau Perahu

Seperti kebiasaan, peserta dari setiap negara akan pertaruhkan kostum kebangsaan mereka. Pada tahun ini, Jane akan memperagakan busana berkonsepkan Bangau Perahu yang dipertontonkan buat kali pertama menerusi sesi bersama media semalam.

Untuk evening gown pula Jane akan peragakan busana dari Amaze dan Pertandingan Miss Universe 2018 akan diadakan di Bangkok Thailand pada 17 Disember ini.

Ambil Masa 6 Bulan

Menariknya mengenai busana Bangau Perahu yang direka oleh Salleh Hamid, ianya mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkannya.

Gabungan perahu dan bangau antara motif utama yang ditonjolkan dalam busana ini. Malah motif awan larat turut diterapkan bersama. Apa pendapat anda mengenai kostum kebangsaan kali ini? Kongsikan dengan kami!