Meskipun isu ini sudah berlalu namun ianya masih hangat diperkatakan. Dua minggu lalu, isu warna kulit yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Aliff Syukri yang merujuk kepada penyanyi Santesh dalam rancangan realiti Gegar Vaganza 5 menjadi kecaman netizen kerana menganggap kenyataan itu mengundang kepada sensitiviti kaum.

MCMC Beri Amaran Kepada Astro

Terbaru, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memberi amaran kepada Astro selaku stesen televisyen yang menyiarkan siaran langsung GV5.

View this post on Instagram

#biarapaorgkata sy pilih mengalah tak semestinya kalah setuju tak?? . . Semalam yg dah tonton GV pastinya dah nampak permohonan maaf saya wsxmjxd. dcc ec ysecara formal dan terbuka,saya post sekali lagi kot2 ada yg tak tgk lagi,jadi semua org x kira TV ke media sosial ke dapat tengok,Saya ni mmg suka minta maaf berulang2 sbb dalam setiap hari saya mmg akan buat salah cuma sedar dan tidak sahaja,selagi nama manusia selagi itu kita akan tetap berbuat silap,apa yg boleh kita buat setiap hari belajar daripada apa yg berlaku dalam kehidupan kita . saya rasa dah sampai masa saya rehat dan fokus dan fokus bisnes lain,saya akan suruh isteri saya utk promote selepas ni dan sambil tu akan didik anak2 saya untuk ajar bisnes sikit2…dan didik dia jadi CEO yg lebih hebat dari saya…bukan yg akan maintain apa yg saya ada tapi yg akan kembangkan dan sy nak besarkan apa yg compny saya mcm @sugeh.resort @romahmakanterlajaklaris @aliff_syukri @palacealiffsyukri @dpinanglaris . . .. kalau nak tngok full video kisah kami sila pergi dekat youtube sy Tv Terlajak Laris . Jgn lupa Subcribe tau sebab ade macam2 info yg sye nak share pd korang tqq

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dalam kenyataan itu, MCMC memandang serius akan isu tersebut dan amaran tersebut diberi agar perkara yang sama tidak lagi terjadi pada masa akan datang.

Astro Pastikan Segmen Penaja Dirakam Terlebih Dahulu

Bagi mengambil langkah berjaga-jaga, selepas ini Astro juga akan memastikan setiap segmen penaja program itu akan dirakam terlebih dahulu. Terdahulu, bermula dari musim pertama setiap penaja akan mempromosikan produk mereka dalam Gegar Vaganza secara langsung. Meskipun terdapat beberapa isu yang timbul, nampaknya kali ini promosi tersebut benar-benar membuatkan rakyat Malaysia marah. Barangkali ini adalah pengajaran buat setiap penaja kelak.