Personaliti terkenal tanah air yang juga bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim telah berkongsi fotonya melakukan terjun udara dari paras ketinggian 13 ribu kaki.

Siapa sangka empunya tubuh kecil molek ini berani melakukan aktiviti terjun udara yang memacu adrenalin pada tahap maksima! Apa pun yang dikata, aktiviti terjun dari langit Dubai ini akan menjadi pengalaman sekali seumur hidup buat diri Azrinaz.

Sesiapa sahaja yang melihat foto yang dikongsi Azrinaz di akaun Instagram (IG) itu pasti kecut perut dan gayat. Lihat foto-foto menarik Azrinaz melakukan terjun udara di bawah;

Hasil dari pencarian kami, untuk terjun udara ini, ada beberapa peraturan yang perlu anda tahu antaranya anda perlu berusia 18 tahun dan ke atas, berat badan di bawah 90 kilogram untuk perempuan dan di bawah 100 kilogram untuk lelaki.

Untuk merasai pengalaman ini, bayaran dikenakan sejumlah 1,999 Dirham (RM 2,282). Harga tersebut sepadan dengan pengalaman serba menarik selain anda dibekalkan dengan rakaman foto-foto dan video oleh team profesional yang boleh anda miliki selepas 45 minit membuat terjunan.  Tertarik nak mencuba?

Artikel SebelumnyaUniknya! Miss Universe Malaysia 2018 Tampilkan Baju Konsep Bangau & Perahu
Artikel SeterusnyaAstro Diberi Amaran Oleh MCMC Gara-Gara Kenyataan Aliff Syukri
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.