Untuk peminat setia karya J.K Rowlins menerusi filem-filem ‘magis’ nya , sekual bagi Fantastic Beasts And Where To Find Them antara yang ditunggu-tunggu.

Fantastic Beast : The Crimes Of Grindelwald Imbas Sejarah Harry Potter

Manakan tidak Fantastic Beast merupakan prekual kepada semua filem Harry Potter sebelum ini dan turut menceritakan permulaan dunia magik. ‘Sejarah’ dunia magik diteruskan dalam siri The Crimes Of Grindelwald.Bagi kami yang sudah menonton, mungkin sekual kedua ini agak sedikit panjang dan membosankan buat bukan pengikut Fantastic Beast.

Namun buat peminat sudah pasti ianya satu dokumentari aksi yang membuatkan mereka teruja. Sedikit spoiler disini, penonton akan mengetahui bagaimanakah Nagini, ular yang mendampingi Voldermort dalam siri Harry Potter bermula.

Sinopsis Fantastic Beast: The Crimes Of Grindelwald

Dalam penggembaraan Newt Scamander kali ini, dia dberi tugasan oleh gurunya, Albus Dumbledore untuk mencari Credence sebelum ditemui Grindelwald yang mempunyai niat jahat.

Di sebalik pencariannya itu, pelbagai konflik mula timbul apatah lagi penemuan terbaru Newt mengenai sejarah Credence turut mengejutkan! Fantastic Beast : The Crimes Of Grindelwald mula ditayangkan serentak di seluruh pawagam bermula 15 November 2018.

REVIEW OVERVIEW
Mesti Tonton!
Artikel SebelumnyaShane Filan & Fazura Bakal Disatukan Dalam Konsert
Artikel SeterusnyaSharifah Sakinah Melawak Pasal Ketiak Putih Tetapi Arwah Nenek Dikaitkan?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress