Bercakap mengenai kejayaan usahawan selebriti terkenal, Datin Vivy Yusof terdapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima menerusi kegigihannya dalam Fashion Valet.

Artikel Mengenai Vivy Yusof Dalam Peperiksaan STPM 2018

Terbaru, sesuatu yang cukup mengharukan buat Vivy kerana kisah kejayaannya dijadikan soalan di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mata pelajaran Pengajian Am. Perkongsian itu dimuatnaik Vivy menerusi Instagram nya selepas terdapat pengikutnya yang menunjukkan soalan itu padanya.

Bagaikan Mimpi

Kongsi Vivy di Instagram, dia merasakan seolah-olah bermimpi apabila kisahnya ditampilkan dalam kajian kes peperiksaan awam negara itu.

Malah ibu kepada tiga cahaya mata ini turut berseloroh dengan mengatakan semua pelajar seharusnya mendapat A+ di dalam subjek tersebut selain mendoakan kejayaan mereka. Rata-rata netizen turut memuji kisah inspirasi Vivy selain berbangga dengan pencapaiannay selama ini. Tahniah Vivy!