Pelakon, Sharifah Sakinah kembali mencuri perhatian netizen menerusi sekeping foto bergaun strapless hitam. Menerusi entri terbabit, Sakinah memberitahu dia sengaja menyolek wajahnya menjadi lebih gelap supaya menonjolkan bahagian ketiaknya yang putih.

“Yes I choose a dark look for my make up so that my ketiak can look putih hokay. So tiada lagi produk muka putih tangan hitam,” tulis pelakon Sharifah Sakinah.

Entri mencuit hati itu mendapat lebih 600 komen netizen yang terhibur dengan personaliti Sakinah. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen menempelak tindakan Sakinah memuatnaik foto seksi itu dan mengaitkan dengan pemergian neneknya minggu lalu.

“Al-fatihah… Baru kehilangan nenek. Semoga diberikan hidayah untuk menghormati arwah,” tulis salah seorang pengguna di ruangan komen Instagram Sakinah.

Bagi Hangat.com, netizen perlu menghormati kepada arwah yang sudah tiada. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek Sakinah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, aamiin.

Artikel Sebelumnya[REVIEW] Fantastic Beast: The Crimes Of Grindelwald Imbas Sejarah Harry Potter
Artikel SeterusnyaKamal Adli Mengaku Dirinya Kini Solo?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"