Ramai mengetahui bahawa Emma Maembong mempunyai hubungan istimewa dengan Kamal Adli. Kini, pelakon Kamal Adli mahu memberikan tumpuan terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pengacara.

“Buat masa ini, saya rasa mahu kekalkan momentum untuk fokus dalam karier. Saya nak buat apa yang saya tak buat semenjak awal penglibatan dalam bidang seni.

“Saya juga mahu mengumpul harta untuk kesenangan masa hadapan. Sekarang juga adalah masa untuk saya muhasabah diri, membetulkan diri sendiri..

“Saya harus menyemak balik apa kekurangan saya menerusi perhubungan yang terjalin sebelum ini. Sekarang biar saya ada masa untuk diri sendiri dan masa untuk karier,” kata Kamal Adli kepada Astro Gempak.

Ketika ditanya mengenai status terkini dirinya, Kamal mengatakan dia kini solo dan selesa membiarkan fokusnya lebih terarah dengan kesibukan di set penggambaran. Kamal yang bakal muncul dengan telefilem ‘Hingga Jumpa Lagi’ itu mahu memberikan tumpuan terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pengacara.

“Alhamdulillah, rezeki itu tak putus-putus. Saya menerima tawaran demi tawaran dan menjayakan karakter yang baik untuk portfolio lakonan saya.

“Saya kini sedang single dan mahu fokus terhadap kerja. Kesibukan itu bagus dan saya mahu memberikan lebih tumpuan terhadap kerjaya seni saya,” ujarnya.

Hangat.com berharap agar Kamal Adli dapat mencapai keinginan serta impian yang ingin dikecapi, in shaa Allah semoga dipermudahkan. Tapi jangan lama-lama single tau, cepat-cepat cari teman hidup ya :p