Tidak berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi walaupun umur yang masih muda, ternyata pelakon Amelia Henderson mengharapkan kisah peribadinya tidak menjadi perdebatan umum.

IKLAN

Dipetik dari Utusan Online, Amelia akui, semestinya kerjaya menjadi salah satu sebab mengapa dia belum mahu memikirkan soal perkahwinan. Bagi Amelia, ini masa untuknya terus memberikan tumpuan kepada bidang seni yang sudah diceburi sejak berusia 10 bulan lagi.

Apatah lagi namanya semakin menjadi sebutan dan perhatian dek kerana kecantikan aslinya, biarlah dia beralah daripada terus bergelut dengan perasaan.

“Selepas kembali hidup solo, saya lebih selesa untuk meneruskan kerjaya. Rindu pada bidang lakonan memang menebal memandangkan kali terakhir saya berlakon ada ketika berumur 12 tahun.

View this post on Instagram

🦋

A post shared by 𝕬𝕸𝕰𝕷𝕴𝕬 (@ameliath) on

“Cuma sekarang usahlah dikenang kisah yang lalu memandangkan semua tinggal kenangan. Tak mungkin saya dapat kembali ke masa lalu untuk mengatur hidup yang lebih sempurna,” katanya.

Seperti mana yang kita ketahui,  Amelia pernah mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar dan berpisah pada tahun ini tanpa ingin mendedahkan tarikh sebenar perceraian mereka.

BACA  RIP! Luke Perry Beverly Hills 90210 Meninggal Dunia