Siapa tak kenal dengan pelakon cantik dan glamour, Datin Paduka Eina Azman. Ramai yang suka melihat telatah anak kembarnya yang memang menjadi perhatian netizen.

IKLAN

Apa yang pasti, ramai wanita cemburu melihat kehidupan Eina Azman yang seba mewah. Bukan hanya itu saja, Eina juga sering berkongsi kemesraan bersama keluarga menerusi media sosial. Baru-baru ini, di Instagramnya, Eina berkongsi berita baik di mana datuknya yang kini menghidapi sakit angin ahmar bakal bernikah semula.

“Alhamdullilah selepas 17 tahun datuk dan nenek berpisah, kini mereka mengambil keputusan untuk kahwin semula. Walaupun keduanya kurang upaya “stroke” tapi mereka mahu saling menjaga antara satu sama lain. Nampak sangat dia teruja nak kahwin semula semoga kedua-duanya berkekalan hingga ke jannah! I love you” katanya

Syukur Alhamdulilah! Kami di Hangat.com mendoakan pernikahan kali pasangan ini akan menjadi fasa terbaik dalam hidup mereka. Amin.

BACA  Mishall Imani - Permaisuri Terbaharu Dalam Hidup Nabil Ahmad