Meskipun Gegar Vaganza 5 sudah pun melabuhkan tirainya, namun kontroversi menerusi rancangan itu masih hangat diperkatakan termasuk melibatkan penaja musim terdahulu, Dato Seri Vida.

Masih Berhutang RM30,000

Segalanya bermula apabila pengacara GV 5, Nabil Ahmad yang dikatakan berang selepas Vida menuduh dia dan Jihan berkelakuan sombong dengan tidak menegurnya ketika menghadiri program realiti itu pada Ahad lalu. Membalas kenyataan yang dikeluarkan Vida, Nabil menerusi ruangan komen Instagram usahawan itu menuntut hutangnya yang tertunggak. Malah menerusi kenyataan sebuah portal hiburan, Nabil memberitahu Vida masih berhutang dengannya sejumlah RM30,000 sejak dua tahun yang lalu.

“Sudah dua tahun sebenarnya saya berusaha meminta dia membayar hutang berjumlah RM30,000, namun tidak diendahkan olehnya. Saya enggan lagi memanjangkan perkara ini kerana bagi saya, urusan kami sudah selesai. Selebihnya urusan dirinya dengan Tuhan,”

Kesal Dengan Publisiti Mudah Vida

View this post on Instagram

Penting atau tak Penaja dalam Rancangan? Kalau tak ada Penaja.. Mcm nak bayar semua Kos? Penaja datang bawa Jutaan duit masuk.. Cash pula tu.. 2.6 juta duit kalau nak bayangkan.. Hangkat dia seperti.. Dukung budak umur 8 tahun..note rm 50.. Bukan senang nak kumpul duit sebanyk itu.. Di kata Menumpang dalam program GV.. Padahal..x de Penaja..Ke Laut Ranc.. Walau ada penaja lain.. . . Tapi kalau Penaja pomots podaks.. Kena hentam..annoying la.. Ganggu la.. . Macamana nak cari sales kalau tak pomots produks wey…. Kesian @aliffsyukriterlajaklaris Jujur nak niaga.. Mcm saya juga ..asyik kena hentam jer . . Saya pula tarik *Handbrake* tahun ni.. Nak Rest..cari idea baru . Tapi Sebab ada jiwa GV..sy gagah G juga smlm.. HAMPEEss..mcm tamu tak diundang.. Walau diundang oleh Marketing.. Risau takut saya buat HAL live show mrk ke? … . Kehadiran bagai tamu tak diundang.. Nabil Jihan 3 kali lalu depan saya.. Usahkan tegur..pandang pun tak.. Ya Allahh.. . . Begini rupanya ya.. Nasib PENAJA..

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Tambah Nabil, dia juga berasa kesal kerana tindakannya yang mendedahkan isu tersebut sebenarnya secara tidak langsung memberikan promosi percuma buat usahawan itu.

“Saya menyesal membuka mulut mengenai hal (hutang) kerana dia menggunakan peluang itu mengajak orang menyertai kelas yang dikendalikannya. Tidak sangka, dia menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan publisiti secara mudah, tanpa perlu mengeluarkan duit”

Dalam perkembangan lain, Vida menafikan bahawa dia mempunyai sebarang hutang dengan pengacara itu dan sehingga kini tiada kenyataan susulan yang dibuat Vida mengenai isu tersebut.

SUMBERBerita Harian
Artikel SebelumnyaJadi Pelajar Wanita Pertama! Ini Anugerah Diraih Oleh Marissa Dania
Artikel SeterusnyaAl-Fatihah! Datuk Kepada Neelofa & Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress