Sebelum ini, kumpulan penyanyi lelaki Korea, BTS tampil menerusi filem pertama mereka, Burn The Stage yang memaparkan kisah kejayaan serta peminat mereka diseluruh dunia.

GSC Penuhi Hajat BTS Army Malaysia

Namun begitu, peminat mereka di Malaysia atau lebih dikenali sebagai BTS Army dikhabarkan dengan berita sedih dimana tiada tayangan filem itu di Malaysia. Setelah didesak kepada beberapa syarikat pawagam, akhirnya GSC Cinemas memenuhi hajat BTS Army dengan menayangkan filem itu bermula 15 November di beberapa pawagam mereka di tanah air.

Menjerit Teruja Di PawagamΒ 

Ternyata berita tersebut menggembirakan para ‘Army’ di seluruh tanah air sehingga mencetuskan fenomena nya tersendiri! Manakan tidak, belum pun masuk dalam pawagam BTS Army ini terlebih dahulu menari flash mob BTS di hadapan pintu masuk pawagam.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut bersorak teruja setiap kali trailer itu dimainkan di layar skrin hadapan pawagam GSC. Melihatkan pada sambutan yang menerima 1 juta kutipan di Malaysia hanya dalam masa beberapa hari, terdapat juga segelintir netizen yang memandang pelik akan keterujaan BTS Army di Malaysia kerana menimbulkan kekecohan di kawasan pawagam. Fuhh begitu sekali ya penangan BTS ini!

BACA  Hanis Zalikha Mahu Bersara Dari Berlakon?