Jika wakil Malaysia menerusi Miss Grand International dan Miss Universe 2018 memperagakan kostum berinspirasikan Burung Kenyalang dan Perahu, lain pula yang ditampilkan oleh Mister Universal Ambassador Malaysia 2018 ini.

Wakil Malaysia Beraksi Di Pentas Dunia

Diwakili oleh pemuda yang berusia 23 tahun ini, Liam James Willie telah berada di New Delhi, India bagi bersaing bersama Mister Universal Ambassador yang lain. Menerusi beberapa cabaran, pemenang akan meraih gelaran Mister Universal Ambassador 2018. Menurut sumber, nampaknya Liam merupakan antara top 6 kebanyakan cabaran yang sudah dipertandingkan. Tahniah diucapkan!

Kostum Inspirasi Naga

Bukan itu sahaja, kostum kebangsaan yang diperagakan oleh Liam juga mencuri perhatian! Manakan tidak, kostum tersebut telah mengambil inspirasi dari seekor naga mengikut mitos yang terdapat di Sabah.

Dikenali sebagai Kinabalu Tombuakar (Naga Kinabalu), kostum Liam telah direka oleh Bobby Brian Garon.

Menarik! Adakah Malaysia bakal tersenarai kali ini? Sama-sama kita doakan kejayaan Liam yang akan diketahui pada 24 November ini.