Pelakon Datin Diana Danielle membidas komen biadap netizen yang secara tiba-tiba mengaku bapa kepada anak perempuannya. Komen negatif tersebut bermula apabila isteri kepada Datuk Farid Kamil itu memuatnaik satu gambar sambutan hari jadi anak perempuannya Nur Aurora di akaun Instagram.

Komen yang dianggap biadap oleh peminat Diana itu ditulis dengan tanpa bersalah iaitu “Sayang anak perempuan saya, jaga diri, Ayah sibuk sikit” seolah-olah sengaja ingin mencetuskan ‘perang’ di IG pelakon tersebut.

Tidak menunggu lama untuk membidas, Diana dengan tegasnya menjawab kembali komen tersebut dengan memberi amaran:

Memang tak sekolah netizen ini sampai sanggup komen berbaur fitnah secara terbuka. Walaupun menggunakan akaun palsu, tapi tak pasal-pasal dah dapat dosa kering. Kepada Diana,  bersabarlah dengan melayan karenah netizen yang dianggap tidak matang ini.

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Tunku Azizah Panik! Tengku Afzan Pula Teruja Tayar Kereta Pancit
Artikel SeterusnyaMister Universal Ambassador Malaysia 2018 ‘Bawa Naga’ Ke Pentas
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.