Peminat mengetahui bahawa pada beberapa bulan yang lalu, pelakon terkenal Baim Wong telah bernikah dengan seorang model yang dikenali sebagai Paula Verhoeven.

Selamat Diijab Kabul

Semalam, pasangan ini telah selamat diijab kabul dalam sebuah majlis yang penuh dengan tradisi! Hangat.com difahamkan majlis pernikahan tersebut telah diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan-rakan terdekat kedua-dua mempelai.

Sekali Lafaz

Perkenalan mereka setahun yang lalu akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Pasangan ini telah sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz berserta mas kahwin sebanyak 11 gram emas.

“Dengan yakin aku menerima @paula_verhoeven sebagai istri dan ibu calon anak-anakku. Akhirnya kita sah menjadi suami isteri”

Biarpun majlis yang diadakan di Tribata, Jakarta, Indonesia itu agak ringkas namun ternyata kebahagiaan jelas terpancar menerusi wajah kedua-dua mempelai apabila gambar pernikahan mereka turut dikongsi di laman Instagram masing-masing. Tahniah diucapkan buat Baim dan Paula!

SUMBERInstagram Baim Wong
Artikel SebelumnyaMister Universal Ambassador Malaysia 2018 ‘Bawa Naga’ Ke Pentas
Artikel SeterusnyaWany Hasrita Sudah Dilamar? Gambar Sarung Cincin Jadi Tanda Tanya
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress