Sebelum ini penyanyi Wany Hasrita akui masih solo biarpun berkawan rapat dengan beberapa orang penyanyi lelaki yang jadi spekulasi peminat.

Sudah Dilamar?

Terbaru, sesuatu yang mengejutkan kerana gambar seorang wanita dilihat sedang menyarungkan cincin di jari manis pada penyanyi itu menjadi tanda tanya peminat. Malah gambar tersebut telah dimuat naik oleh syarikat rakaman Wany sendiri iaitu FMC Music.

View this post on Instagram

Serius ke @wanyhasrita sudah dilamar?

A post shared by FMC Music (@fmcmusic) on

Gimik Video Muzik Terbaru?

Pelbagai spekulasi dibuat netizen di ruangan komen posting tersebut. Ada yang terkejut, gembira dan tidak kurang juga yang merasakan gambar tersebut hanyalah salah satu adegan di dalam video muzik lagu terbarunya duet bersama Tajul yang berjudul Aku Serius.

Kami di Hangat.com turut merasakan ianya merupakan adegan video muziknya kelak. Sama-sama kita nantikan!