Perkhabaran mengenai penyanyi rap terkenal, Altimet yang membuat keputusan untuk meletakkan titik noktah sebagai penyanyi tempoh hari ternyata mengejutkan peminat. Menurut pelantun Bunga sebelum ini, dia akan mengotakan janjinya sebaik sahaja menjelang penghujung tahun.

Altimet Ucap Selamat Tinggal

Terbaru, Altimet memberi bayangan seolah-olah mengucapkan selamat tinggal sebagai penyanyi apabila dia memuat naik satu posting terbaharu memberitahu bahawa semalam merupakan hari terakhir nya. Malah kebanyakan gambar dan video nya di Instagram sudah tidak kelihatan dan barangkali ianya sudah dipadam.

Peminat Bangga Dan Sedih

Menerusi kenyataannya pada posting itu juga, jelas Altimet selepas ini tiada lagi rakaman baru darinya dan jika diperdengarkan kelak ianya merupakan rakaman sebelum dia membuat keputusan untuk tidak lagi menyanyi. Rata-rata peminat berbangga dengan sikap rendah diri Altimet sejak dahulu lagi dan tidak kurang juga yang bersedih dengan keputusannya untuk mengundurkan diri.

Apa pun, semoga terus sukses buat Altimet dan terima kasih kerana menghiburkan peminat dengan karya-karya terbaik!

SUMBERInstagram Altimet
Artikel SebelumnyaSeram! 10 Barang Aneh Yang Disimpan Oleh Michael Jackson
Artikel Seterusnya10 Bayi Selebriti Malaysia Paling Popular 2018
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress