Nampaknya nama usahawan kosmetik yang cantik jelita, Nur Sajat kembali hangat selepas memuatnaik beberapa foto dan video percutiannya ke Lebanon beberapa hari lalu menerusi akaun Instagram yang baru ditukar namanya.

Difahamkan Sajat ke sana untuk menjalani pengambaran bagi produk terbaharu keluarannya. Bagaimanapun postingnya itu menjadi buah mulut orang ramai terutama sekali foto beliau yang mengenakan bikini sambil menikmati pemandangan di atas bot.

Seperti biasa, apa sahaja yang dimuatnaik oleh Sajat pasti akan mengundang kecaman dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen, malah juga dihujani dengan komen berbaur nakal.

Walaupun ramai yang memuji kecantikan dan bentuk badan penyanyi lagu ‘Bobo Dimana’ ini, tidak kurang juga ada netizen menyatakan jika benar dia seorang wanita Islam, tidak sepatutnya berpakaian sedemikian.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menyifatkan Sajat tidak mempunyai rasa hormat dan sensiviti kerana memuatnaik gambar tersebut sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul.

Sementara itu, PU Amin tidak menyangka usahawan itu sanggup mencemarkan bulan kelahiran Rasulullah, Rabiulawal yang mulia ini dengan memuatnaik video berbikini hijau dan bergelek seksi di luar negara.

View this post on Instagram

Bulan Rabiul Awal , bulan kelahiran Nabi dicemarkan dengan video gelek berdurasi 35 saat oleh sajat . Dalam 12 jam video gelek ber background lagu arab dapat 422k tontonan di Facebook . Nyata budak budak kecik sampai orang tua menonton video gelek ini.. . Ya Rabb ! Di atas laut itu . Laut yang pernah menjahamkan manusia . Boleh memusnahkan manusia . Bersaksikan langit yang terbuka , dijaga malaikat pemelihara rahmat , di lantai kan laut yang bertasbih dan berzikir pada Tuhan . Dia sanggup ?.. . Apakah sajat mahu mencabar Allah ?.. . Aku hanya mampu menulis , kalau aku buat video netizen kata aku dakwah kasar tak macam Nabi Saw.. . Kurang ajar dengan ustaz boleh terima . Tapi kau kurang ajar dengan Allah . Aku tak faham kenapa ramai lagi yang sokong , yang beli produk dia ni . Satu persatu azab di perlihatkan tapi masih berdegil dan angkuh.. . Ya Rabb ! Kami dah berusaha , kami dah cuba menasihati , kami dah cuba membenci , pelihara kami wahai Tuhan dari azab dan seksa . Jangan kau azab dan laknat kepada kami yang tidak bersalah . Kami takut Ya Allah dengan kemarahan mu Ya Allah . Lindungi kami Ya Allah !! #konfem #kena #block

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

“Aku hanya mampu menulis, kalau aku buat video netizen kata aku dakwah kasar tak macam Nabi Saw. Kurang ajar dengan ustaz boleh terima. Tapi kau kurang ajar dengan Allah. Aku tak faham kenapa ramai lagi sokong, beli produk dia.

“Satu persatu azab di perlihatkan tapi masih berdegil dan angkuh. Apakah sajat mahu mencabar Allah?”, tulisnya di laman Instagram mengenai video tersebut.

Sebelum ini, PU Amin pernah lantang menegur Sajat berkenaan lagu Bobo Di Mana, namun dipertikaikan oleh usahawan itu hingga mengugut untuk memotong kemaluan pendakwah demi mempertahankan lagu tersebut.

Hangat.com berharap agar Sajat tabah dengan tomahan serta dugaan yang menimpa. Semoga Sajat terus mempertahankan keadilan sekiranya apa yang dilakukan oleh Sajat adalah benar.

Artikel Sebelumnya5 Muzik Video Tempatan Paling Kontroversi Sepanjang 2018
Artikel Seterusnya[FOTO] Elfira Loy Dituduh Ingin Menayang Kebahagiaan Bersama Tunang?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"