Semenjak dihimpir kontroversi putus tunang yang tidak henti sebelum ini, pelakon kecil molek, Elfira Loy kelihatan sangat jarang memuatnaik perkembangan peribadi di media sosial. Malah majlis pertunangan baru-baru ini juga dibuat secara tertutup.

IKLAN

Mungkin peristiwa lalu membuatkan Elfira sudah trauma untuk terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi. Namun baru-baru ini, Elfira mula memuatnaik fotonya bersama tunang tercinta, Faris K Anuar di akaun Instagram miliknya.

Bagaimanpun, ada netizen yang mempertikaikan tindakannya itu dengan mengatakan Elfira sengaja ingin menayang kebahagiaan bersama tunangnya.

Mungkin agak bengang dan bosan dengan orang lain yang ingin menuduh serta mengatur kehidupannya, Elfira dalam satu posting yang lain berkata beliau mempunyai hak untuk memuatnaik apa pun di akaun Instagramnya.

“My Instagram is my digital album, so I guess I have ?? rights to post whatever I want as memories. Memories ye bukan saja nak tayang.

“And never relate whatever I said or post dengan diri you because whatever the caption is sometimes it is just for me. Like this, I havent moved on from the beautiful city of Gazientep,” tulis Elfira di Instagram.

Hangat.com beranggapan bahawa bukan semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain, pasti ada sahaja salah yang ingin mereka cari. Namun, jangan terlalu ambil pusing dengan komen-komen negatif itu. Jalani sahaja kehidupan dengan cara anda sendiri. Okay Elfira? Chillex!

BACA  Peminat Terkejut Zila Seeron Kembali Buka Tudung!