Siapa sangka, Oksana Voevodina, gadis cantik ini berjaya meluluhkan hati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang di khabarkan sudah melangsungkan perkahwinanan di Rusia, semalam.

Menurut sumber dari Re.ru, Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, ketika itu dia merupakan pelajar di Fakulti Perniagaan di magistracy Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia. Lebih membanggakan,  Oksana Voevodina memenangi gelaran Miss Moscow 2015 yang berlangsung pada 9 Jun 2015. Oksana menjadi yang pertama di kalangan 32 peserta metropolitan.

Nah, berikut ini beberapa foto pesona Oksana Vevodina seperti Hangat.com rangkumkan ini dari pelbagai sumber.

Jika benar perkhabaran ini sahih, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDPA Sultan Muhammad V. Apa yang pasti Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut. Sama-sama kita nantikan.