Pelakon serta penyanyi yang popular menerusi lagu Put The Word In ini sekali lagi memuat naik gambar seksinya menerusi laman Instagram beliau yang mengundang kecaman netizen.

Kilafairy pada asalnya memuat naik gambar tersebut semata-mata mahu mempromosikan produk penjagaan wanita. Namun, gambar tersebut seolah-olah menunjukkan ‘aset’ beliau.

Seperti biasa, tiap kali Kilafairy tampil dengan gambar-gambar yang dimuat naik menerusi akaun instagram miliknya, pastinya ia akan mengundang komen-komen lucah dari sesetengah pengikut beliau.

Hangat.com berharap agar Kilafairy bersabar dengan segala kata-kata negatif dari netizen. Sesempurna apapun kita sebagai manusia, tetap ada yang yang tidak suka dengan kita.

SUMBERInstagram Kilafairy
Artikel SebelumnyaSufian Suhaimi Merasakan Kesedihan Terbayar & Ada Hikmah!
Artikel SeterusnyaDoa Siti Sarah Dimakbulkan Di Mekah Setelah Penantian Berbelas Tahun?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"