Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin yang kini masih berada di Tanah Suci, Mekah yang sedang menunaikan ibadah Umrah dan menerusi laman Instagramnya telah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila lagu nyanyiannya, ‘Semakin’ berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33). 

Ini merupakan penyertaan pertama Sarah ke pentas besar terbabit setelah lebih 16 tahun terlibat dalam dunia seni. Sebelum ini, Sarah sering menyertai pentas Separuh Akhir Muzik Muzik tetapi lagu-lagu nyanyiannya gagal ke pentas AJL.

Siti Sarah juga meluahkan rasa berterima kasih menerusi sebuah posting terbaru di laman Instagram miliknya.

“Assalamualaikum.. Saya dan suami masih di tanah haram Mekah.. Saya baru mendapat berita di mana dengan izin Allah, lagu SEMAKIN mara ke Juara Lagu 33.

“Dengan rendah hati saya ingin berterima kasih kepada semua yang mengundi SEMAKIN hingga ke semi final dan juri yang memilih lagu SEMAKIN ke peringkat akhir Juara Lagu.

“Alhamdulillah… Setelah beberapa belas tahun akhirnya penantian saya dimakbulkan ALLAH.. Syukur Syukur Syukur Ya Allah.. Terima kasih MERA UTAMA @shuibsepahtu @muzikmuzik_33 @indigitalmusic,” tulis Siti Sarah.

Lagu ‘Semakin’ merupakan ciptaan sepenuhnya oleh suami Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu yang menggunakan nama pena ‘Mera Utama’. Hangat.com mengucapkan tahniah kepada Siti Sarah kerana mara ke peringkat akhir dan semoga Siti Sarah sekeluarga mendapat umrah yang mabrur, in shaa Allah.

SUMBERInstagram Siti Sarah
Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Kilafairy Dikecam Kerana Belanja “Aset”?
Artikel SeterusnyaRamai Penyanyi Senior Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Lagu AJL33?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"