Sebelum ini, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah menimbulkan kontroversi gara-gara dia dilihat seperti mewarnakan rambutnya. Namun menurut Awal, tiada sebarang pewarna diletakkan dan ianya sah untuk solat selepas dikecam netizen yang mempersoalkan hukum mewarnakan rambut ketika solat.

Solat Memakai Cermin Mara Htam Dan Menutup Dahi

Terbaru, Awal telah memuat naik sebuah video di laman Instagram nya. Dalam video tersebut kelihatan Awal sedang menunaikan solat dengan memakai serban yang menutup dahi serta bercermin mata hitam. Ketika ini, Awal berada di Abu Dhabi dan video tersebut telah dirakam di dalam sebuah masjid disana.

Dituduh Mempersendakan Agama

Melihatkan pada video tersebui, rata-rata netizen menganggap solat yang dilakukan oleh selebriti itu tidak sah mengikut hukum.

Malah tujuannya memuatnaik video tersebut turut mencetuskan persoalan dari netizen yang menyifatkan Awal saling tidak ubah seperti mahu mempersendakan agama. Walau apa pun, kami percaya Awal punyai alasannya tersendiri untuk berbuat demikian. Apa kata anda? Kongsikan dengan kami!

SUMBERInstagram Awal Ashaari
Artikel SebelumnyaRamai Penyanyi Senior Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Lagu AJL33?
Artikel SeterusnyaFoto Syed Saddiq Pegang Tangan Siti Hasmah, Komen Netizen Ini Bikin Geleng Kepala
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress