Kasihan pula kami melihat nasib penyanyi Shila Amzah yang sering kali dikecam netizen. Namakan apa sahaja yang dilakukannya, pasti akan mengundang rasa tidak puas hati pada netizen meskipun ianya sesuatu yang positif.

Lancar Single Berjudul ‘Bodoh’

Terbaru penyanyi ini baru sahaja melancarkan single terbaru nya yang berjudul ‘Bodoh’. Lagu tersebut juga merupakan sepenuhnya ciptaan Shila sendiri dan video lirik lagu tersebut sudah dimuatnaik di akaun YouTube Shila sejak dua hari yang lalu.

Menurut Shila, lagu ini dibuat khas untuk peminatnya yang sejak dari dahulu memberi sokongan dan semangat sejak dahulu lagi. Tambahnya lagi, akan ada lebih banyak lagu lagi untuk peminatnya tidak lama lagi.

BACA  Ahmad Idham 'Buka Langkah Pertama' Sebagai CEO FINAS

Netizen Tuju ‘Bodoh’ Untuk Shila

Seperti kenyataan kami diatas, ternyata single terbaharu ini juga membuatkan sesetengah netizen ‘panas’. Menerusi laman Twitter, terdapat segelintir daripada mereka yang menganggap ‘Bodoh’ ini sama seperti Shila. Selain daripada tajuknya yang dilihat seperti tidak sesuai, netizen juga mengandaikan lagu ini seperti ‘biasa-biasa’ sahaja.

Mungkin itu pandangan mereka, bagi kami yang sudah mendengar single ‘Bodoh’ ini, kami menyifatkan Shila seperti bijak menyusun bait lirik lagu ini dan tidak keterlaluan jika kami katakan ianya juga good marketing strategy! Semoga sukses Shila!