Sebuah foto yang memaparkan aksi mesra antara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dan isteri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah telah mencuri perhatian netizen.

Foto tersebut dikatakan begitu Sweet apabila Saddiq kelihatan berpegangan tangan dengan Tun Siti Hasmah.

Pada mulanya, foto tersebut membuatkan segelintir netizen salah sangka dan mempersoalkan adakah mereka mahram? Tak kurang juga yang melemparkan kata-kata negatif seolah-olah tidak menghormati mereka sebagai pemimpin negara.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila wujud pula ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ media sosial. Golongan ini pula berperanan menyebarkan sesuatu perkara berkaitan dengan agama.

Hakikatnya,  sudah lama Saddiq menganggap Tun Siti Hasmah sebagai nenek atau ibunya sendiri. Apa yang boleh kami katakan, mereka ini hanya bijak bercakap dan menyebarkan sesuatu perkara kebaikan tetapi mereka sendiri belum tentu melaksanakannya. Lagi-lagi sikap tidak menghormati orang lain itu sudah cukup membuktikan mereka tidak layak bercakap soal agama. Apa Pendapat Anda?

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Awal Ashaari Dikecam Gara-Gara Solat Memakai Cermin Mata Hitam
Artikel SeterusnyaNetizen Sifatkan Lagu ‘Bodoh’ Sesuai Untuk Shila Amzah
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.