Bercakap mengenai superstar Bollywood ini, Amitabh Bachchan dia begitu dihormati peminat-peminatnya. Selain dari menghiasi industri perfileman sejak sekian lamanya, budi pekerti nya juga antara disanjung peminat.

Bantu 1,398 Orang Petani Selesaikan Hutang

Terbaru, pelakon ini membuat satu kejutan besar dimana dia telah membantu 1,398 orang petani menyelesaikan hutang mereka. Menurut laporan antarabangsa, Amitabh membantu petani yang berada di tempat kelahirannyua, Uttar Pradesh dan para petani tersebut mengalami kesukaran untuk membayar hutang merek sebelum ini atas pelbagai faktor.

44 Orang Petani Bunuh Diri Setiap Hari 

Dianggarkan, sejak 2013 seramai 44 orang petani telah tekad untuk membunuh diri kerana tekanan hutang. Tambah sumber lagi, Amitabh telah menjelaskan sebanyak $560,000 hutang kepada pihak bank bagi membantu para petani tersebut. Berita tersebut bukan sahaja mendapat pujian malah turut menarik perhatian dunia. Respect!

SUMBERCNN
Artikel SebelumnyaNetizen Sifatkan Lagu ‘Bodoh’ Sesuai Untuk Shila Amzah
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Anak-Anak Aliff Syukri
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress