Sebaik sahaja isterinya, Datin Seri Nur Shahida pulang dari tanah suci, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah mengambil keputusan untuk menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka.

Bertemakan Madagascar

Menjemput hampir 500 orang tetamu, Aliff dan isterinya itu telah membuat sambutan tersebut di rumah mereka sendiri. Palace of Aliff Syukri yang bertemakan animasi terkenal, Madagascar.

Menurut Aliff, sudah lima tahun dia mengimpikan untuk mengadakan majlsi seumpama itu dan turut bersyukur majlis dapat diadakan dengan jayanya.

View this post on Instagram

Impian utk plan majlis mcm ni telah saya rancang 5tahun lps sblum saya buat rumah ni… jimat tak payah bayar hotel atau dewan utk buat majlis… ini adalah gambar yg saya ambil.. Seblum majlis bermula..nasib baik taman luas boleh masukkan lebih 500org serentak dlm taman berkonsepkan animal konsep.. jadi sy bawa ular,kambing dan arnab.. Saya ni jarang buat hari Jadi Anak…….biasa sambut dekat rumah je dgn family….last sekali buat 3 tahun lepas…..tahun ni saya buat sekali 3 orang Qadejah,Ibraheem dan Qayyum maklum la sebab dekat2 jadi kita jalan sekali…thanks mereka yg bantu jayakan majlis Photographer : @tuanfaem.tmf Makanan : bergedil – @sucre_seduction ice cream – @thecoolcat.icecream air khatira – @dubies.khatira clown – @fireandclownentertainment

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sambutan Meriah

Sambutan ulang tahun kelahiran tiga orang anak mereka iaitu Qadejah, 8, Ibraheem, 6 dan Qayyum, 1 turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai tarikan seperti pelbagai haiwan dibawa bersama, aktiviti untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Majlis itu turut mendapat pujian netizen yang beranggapan Aliff merupakan seorang bapa yang penyayang selain mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Selamat hari lahir buat Qadejah, Ibraheem dan Qayyum!

VIAInstagram Nur Shahida
SUMBERInstagram Aliff Syukri
Artikel SebelumnyaRespect! Amitabh Bachchan Bantu Selesaikan Hutang 1,398 Petani
Artikel Seterusnya[REVIEW] Ralph Breaks the Internet Antara Filem Animasi Terbaik 2018!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress