Takut tetapi keinginan menonton tetap ada! Ada yang sanggup memenuhi pawagam, kerana mahu merasai ketakutan itu. Itulah yang boleh dikatakan mengenai genre filem seram yang diminati semua kaki wayang di seluruh dunia.

Terbaru, sebuah lagi filem dari genre serupa, filem  HEILSTATTEN bakal memberi pengalaman seram berbeza kepada penonton. Oleh itu, Hangat.com dengan kerjasama TGV CINEMAS mahu membawa pembaca setia kami untuk menonton sendiri filem seram penuh suspen ini.

Sinopsis

“HEILSTATTEN HAUNTED HOSPITAL merupakan sebuah filem seram yang disutradarai oleh Michael David Pate. HEILSTTTEN, merupakan tempat perlindungan yang terpencil dan suram di Berlin, sekumpulan YouTubers telah memasuki blok ini secara haram dan terlarang demi sebuah video live 24 jam yang mereka harapkan akan menjadi viral.konflik mula terjadu apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak sendirian dan tidak diterima di sana.

Dibintangi Nilam Farooq, Farina Flebbe, dan Sonja Gerhardt.

Trailer

Sepasang Tiket Untuk Dimenangi

Anda berminat untuk menghadiri Tayangan Eksklusif filem Heilstatten? Cukup istimewa buat pembaca hangat.com anda berpeluang untuk menyaksikan filem ini lebih awal pada 3 Disember 2018 jam 9 malam di TGV Cinemas, One Utama. Setiap pemenang akan dihadiahkan sepasang tiket filem Heilstatten. Sebuah filem yang penuh suspen dan menyeramkan.

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Kongsi artikel ini dan jawab soalan yang dikemukakan dan jangan lupa hashtag #HangatHeilstatten #HeilstattenMY dalam posting anda.
  • Jawapan yang betul akan dipilih sebagai pemenang.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 2 Disember 2018.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Artikel SebelumnyaSetibanya Di Kuala Lumpur, Bella Hadid Ungkapkan Hal Ini
Artikel Seterusnya5 Usahawan Selebriti Paling Sensasi 2018
Hilmi Hafiz
i have nothing to offer, but i can offer you a good knowledge.