Baru-baru ini kami telah memuat naik satu artikel mengenai kostum kebangsaan wakil dari Malaysia ke Mister Universal Ambassador 2018, Liam James Willie yang memakai sepersalinan kostum inspirasi dari Naga Kinabalu.

Malaysia Raih Tempat Keempat, Filipina Muncul Sebagai Juara

Pada Sabtu lalu pula, keputusan rasmi telah diumumkan dimana menyaksikan wakil dari Filipina muncul sebagai Mister Universal Ambassador 2018. Meskipun Malaysia gagal ke peringkat tiga terakhir, sesuatu yang membanggakan kerana Liam muncul sebagai tempat keempat Mister Universal Ambassador 2018. Untuk tempat kedua disandang oleh Indonesia dan Thailand di tempat ketiga.

Dinobatkan Sebagai ‘Best Body’

Dalam majlis yang sama terdapat beberapa kategori anugerah turut dipertandingkan.

Tidak pulang dengan tangan kosong, dalam pertandingan kali ini Malaysia telah memenangi anugerah khas bagi kategori ‘Best Body’ dan Sweden pula dinobatkan sebagai ikon Fitness. Tahniah diucapkan buat semua pemenang!