Sepanjang bergelar selebriti, Neelofa seakan tidak boleh lari dengan kritikan netizen terutama sekali bila beliau bergaya dengan fesyen yang agak unik. Semalam usahawan dan pengacara popular ini sempat membuat heboh dikalangan peminatnya di media sosial gara-gara beberapa foto yang dimuatnaik di IG storiesnya.

IKLAN

Dalam foto tersebut, dia berpose dengan mengenakan busana serba merah dengan skirt tembus pandang yang membuatnya tampak menawan dan cantik. Walaupun ia terlihat seksi, sebenarnya Neelofa tidak mendedahkan kulitnya kerana ia ditutup menggunakan legging ataupun lining.

Neelofa dikatakan menghadiri sebuah acara eksklusif di outlet jam tangan mewah, Tag Heuer, The Garden pada jam 5 petang semalam. Pada majlis tersebut, duta Tag Heuer yang merupakan seorang model terkenal dari Amerika Syarikat, Bella Hadid turut bersama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

BACA  Kantoi! Pemain Tenis Terkenal, Murray Tak Sedar Tayang Kemaluan di Instagram

Pada majlis makan malam tersebut, Neelofa mengajar Bella bagaimana untuk membuka balutan nasi lemak semasa makan malam bersama yang dihadiri beberapa artis Malaysia terkenal. Hadid dalam insta story Neelofa kelihatan sangat gembira semasa makan malam tersebut.