Nama Aina Abdul mungkin ada yang terlupa. Namun jika kami imbas kembali mengenai Mentor Legend, protégé kepada Ella pasti yang akan teringat dengan figura ini.

Tampil Dengan Single Shadow

Kehilangan nama Aina Abdul tatkala kariernya sedang meningkat naik ternyata menimbulkan tanda tanya. Ketika ditemui Hangat.com, Aina berkata dia bukanlah merajuk atau sengaja menghilangkan diri sebaliknya menumpukan pelajarannya yang tertangguh seketika sejak menyertai program rancangan realiti itu. Bagi Aina, kini dia sudah memenuhi impian dirinya dan keluarga, dan tiba masa nya untuk kembali dalam persada hiburan.

Muncul dengan single versi bahasa Inggeris yang berjudul Shadow, siapa sangka lagu ini menjadi siulan dan bualan netizen kini. Rata-rata mereka yang mendengar dan menonton video muzik Shadow memuji vokal Aina dan rentak muziknya yang bertarafkan antarabangsa.

Tidak Mahu Pandang Komen Negatif

Jelas Aina, dia begitu bersyukur kerana ‘comeback’ nya kali ini seperti membuahkan hasil apatah lagi kembali dengan membawa lagu dalam bahasa Inggeris.

“ Alhamdulillah, Aina bersyukur kerana Shadow mula diterima peminat. Pada mula nya, Aina agak takut sebab kemunculan Aina kali merupakan satu cabaran membawa lagu dalam Bahasa Inggeris dan bergenre pop R&B”

Ketika ditanya mengenai soal komen negatif dari peminat. Akui Aina lagi kadang-kala dia akan mudah terasa dengan komen-komen tersebut. Akan tetapi bagi penyanyi yang berusia 26 tahun ini, dia akan mengambil jalan untuk mengabaikan komen-komen tersebut dan hanya menjadi dirinya sendiri .

“Ibu merupakan tulang belakang Aina selama ini! Segala permulaan dan sokongan bermula dari Ibu.

Malah Ibu juga akan memastikan Aina menyanyi dengan baik atau tidak dan segala komen baik-buruk dari netizen juga Ibu yang akan sampaikan. Pernah suatu ketika dahulu, terdapat satu komen negatif mengenai imej Aina, dengan pantas Ibu menyuruh Aina lakukan sesuatu pada imej Aina agar kelak tiada komen seumpama itu muncul kembali”

2019 Payback Time Buat Aina

Meskipun gemar mengembangkan bakat seni nya kepada cara old school seperti membuat persembahan di gig, busker dan sebagainya, bagi Aina cara ‘slow and steady’ lebih mudah baginya untuk terus ke hadapan.

Malah pada tahun hadapan, 2019 Aina akan kembali dengan lebih banyak single termasuk dalam Bahasa Melayu dan duet bersama penyanyi rap terkenal, Altimet. Single Shadow dari Aina kini boleh diperdengarkan di semua saluran digital seperti YouTube, Spotify dan JOOX.

Artikel SebelumnyaWow! Rambut Baharu Aedy Ashraf Macam ‘Kamen Rider’
Artikel SeterusnyaPencipta SpongeBob, Stephen Hillenburg Meninggal Dunia. Ini Punca Kematiannya
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress