Menurut satu laporan dari portal antarabangsa Dailymail.co.uk, wanita cantik ini yang mencuri perhatian dunia selepas berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia (YDP) mendedahkan bahawa pasangan ini telah dibawa ke pusat rawatan kesuburan di Jerman selepas pasangan itu bersedia untuk mempunyai anak.

Oksana Voevodina berkahwin dengan Sultan Muhammad V, 49, dalam sebuah majlis perkahwinan diraja yang mewah di Moscow minggu lepas. Oksana dilaporkan telah memeluk agama Islam pada awal tahun ini.

Menerusi laporan itu, difahamkan Sultan Muhammad V merupakan suami yang ‘sangat prihatin’ dalam memulakan sebuah keluarga, kerana perkahwinan pertamanya yang berakhir dengan perceraian tidak dikurniakan cahaya mata.

Menurut laporan Sinar Harian dan juga media dari Rusia islamnews.ru majlis perkahwinan diadakan pada 22 November yang lalu berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia itu telah diadakan di Dewan Barvikha di Moscow.

Portal berita Malaysia rakyatku.com berkata Oksana telah memeluk Islam secara rasmi pada 16 April 2018. Dia merupakan graduan dari Fakulti Perniagaan di Universiti Ekonomi Rusia, Plekhanov.

SUMBERDaily Mail
Artikel SebelumnyaLuna Maya & Faisal Nasimuddin Bercinta? Interaksi Di Instagram Jadi Bukti
Artikel SeterusnyaWanita Ini Dedahkan Bibit-Bibit Perkenalan Oksana Voevodina Dan YDP Agong
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.