Pelantun lagu Sudahlah Sayang, Azam Smile baru-baru ini sempat digosipkan dekat dengan seorang wanita yang bergelar janda anak satu. Menerusi akaun instagramnya, mereka berdua juga sering tampil mesra saat bersama.

Foto bersama wanita bertudung dengan anak perempuan di pangkuan ribanya menguatkan lagi tanggapan bahawa Ramai mereka berdua saat ini tengah menjalin kisah asmara.

Jika dilihat pada status dan fotonya di Instagram, Azam seolah-olah tidak kisah jika ditakdirkan berjodohan dengan wanita berstatus ibu tunggal atau janda.

“Haaaa… dalam gurau ada sendu, dalam sendu ada tawa.. Jangan salah anggap dengan mereka yang berstatus janda. Okay semua..”

Kalau dah betul ada jodoh, apa salahnya kan. Kami di Hangat Malaysia mendoakan semoga hubungan ini berkekalan hingga sampai ke jinjang pelamin. Amin..

Pada yang tidak mengenali Azam atau nama sebenarnya Mohd Azam Abidin, 30, beliau sebenarnya sudah lama berada di dalam industri muzik. Beliau menyanyi seawal 7 tahun dan pernah menjadi vokalis kumpulan Bluezymood Band dan melancarkan single bersama kumpulan tersebut yang berjudul ‘Kontroversi’ pada tahun 2009.