Ramai yang menganggap penyanyi yang menempa nama di China, Shila Amzah seorang isteri yang bertuah kerana sering terlihat dimanjakan oleh suaminya Haris Idraki Elias.

Terbaru, Shila juga sempat berkongsi saat manis bersama suami tercinta di akaun Instagramnya dengan kapsyen luahan rasa rindu.

“I miss you dear husband. I miss you haris. I miss home.”- tulisnya

Justeru foto Shila memberi ciuman mesra kepada suami mereka mendapat pujian daripada netizen. Ramai yang komen mendoakan kebahagiaan mereka suami isteri kekal sehingga ke akhir hayat.

BACA  Tudung Adira Bakal Dilelong Bermula RM1,000!

Mengenai perkembangan terbaru, Shila baru sahaja melancarkan single terbaru nya yang berjudul ‘Bodoh’. Lagu tersebut juga merupakan sepenuhnya ciptaan Shila sendiri dan video lirik lagu tersebut sudah dimuatnaik di akaun YouTube Shila sejak dua hari yang lalu. Dah dengar ke belum?