Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA, Hello Kitty dan rakan-rakan kini di Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur!

Atas permintaan ramai dan mendapat sokongan baik daripada masyarakat, pihak penganjur berbesar hati untuk melanjutkan tempoh pameran Our Sanrio Times sehingga 17 Februari 2019. Pameran Our Sanrio Times merupakan tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga ketika cuti Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina.

Pameran dibuka untuk orang ramai bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam. Jangan lupa dapatkan tiket anda di www.ticketcharge.com.my atau di kaunter tiket di pintu masuk dewan. Pada mereka yang sudah membeli tiket, tempoh tiket boleh diguna sehingga 17 Februari 2019.

Bersempena musim perayaan ini, pihak penganjur berbesar hati menawarkan promosi khas kepada para pengunjung. Jika anda membeli empat keping tiket untuk melihat pameran tersebut, anda layak menerima baucer bernilai RM5 dan dua biji cookies yang tertera wajah karakter Sanrio secara PERCUMA. Promosi ini bermula 21 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019 sahaja.

Sementara itu, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kemeja-T ‘Nerdunit byyou’ edisi terhad yang dibuat khas di pameran tersebut. Pengunjung boleh menulis nama sendiri dan memilih nombor serta karakter Sanrio kegemaran untuk diletakkan pada kemeja-T berkenaan. Selain menempah kemeja-T untuk diri sendiri anda juga boleh memiliki kemeja-T berpasangan dengan insan tercinta dan layak menyertai pertandingan ‘Nerdunit byyou Couple T-Shirt Photo Contest.

Untuk menyertai pertandingan tersebut, anda perlu ambil foto bersama pasangan, kemudian muat naik dalam Facebook peribadi dan jangan lupa tag tiga orang rakan anda. Kemudian hantarkan link tersebut ke e-mel [email protected] sebelum pukul 6 petang, 24 Februari 2019. Lima pasangan bertuah akan dipilih dan pengumuman pemenang akan diberitahu pada awal Mac 2019.

Sempena musim perayaan ini jom kita bersama-sama keluarga dan rakan-rakan memeriahkan pameran Our Sanrio Times yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.