Baru-baru ini, Syed Saddiq Abdul Rahman iaitu Menteri Belia dan Sukan telah disenaraikan antara 20 anak muda paling berpengaruh di dunia dalam senarai terbitan Apolitical ‘100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government’. Buat pengetahuan, Apolitical adalah organisasi berpangkalan di London yang menyatukan penjawat awam dan pembuat dasar di 140 negara.

Percaya atau tidak, dalam senarai tersebut, hanya dua wakil dari Asia yang dinobatkan dalam senarai 20 teratas dunia iaitu Syed Saddiq dan Menteri Teknologi Maklumat dan Pembangunan Luar Bandar iaiti Andra Pradesh dari India.

Malah, senarai tersebut merupakan usaha Apolitical untuk meraikan peranan belia bawah 35 tahun yang berpengaruh kepada kerajaan dari seluruh dunia. Yang pasti, keazaman Syed Saddiq memperkasakan golongan belia serta pembinaan negara menjadikan Syed Saddiq terkenal seantero dunia.

Tahniah Syed Saddiq dari Hangat.com untuk pengiktirafan ini. Pastikan Syed Saddiq memuliakan bangsa dengan karisma dan kredibiliti yang ada dalam diri.

Artikel SebelumnyaZarina Anjoulie Buka Tembelang Kecurangan Nastaha Hudson Dengan Bekas Suami?
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Kilafairy Jawab Isu Pakaian Seksi & Gairah Menampakkan Susuk Badan!
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"