Baru-baru ini, jika anda selalu mengikuti perkembangan Nelydia Senrose, pastinya anda akan mengetahui bahawa kini selebriti tersebut berada di Dubai. Antara salah satu aktiviti Nelydia di Dubai ialah meluangkan masa bersama ikan lumba-lumba.

Tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua daripada kita suka untuk melihat haiwan dijadikan bahan pameran dan dilatih untuk melakukan sesuatu agar manusia terhibur.

Sementara itu, bagi Klifairy, haiwan sepatutnya dibiarkan bebas di habitat asal mereka. Malah Kilafairy turut memuatnaik status di Twitter berkaitan dengan haiwan.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen menyatakan bahawa tweet tersebut ditujukan kepada Nelydia manakala bagi Kila pula, ia adalah berkaitan dengan video badak sumbu yang sedang tular di laman sosial. Malah katanya di laman Twitter lagi, dia sangat memperjuangkan hak haiwan dan jangan sesekali mempermainkan perkara tersebut

Artikel SebelumnyaNick Jonas & Priyanka Chopra Berkahwin Pada Hari Ini Di India
Artikel SeterusnyaAiman Hakim Ridza Kini Hangat Bercinta Dengan Zahirah Macwilson?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"