Bercakap mengenai dunia artis Korea ataupun K-Pop, peminat mereka begitu ramai sehingga ke seluruh dunia. Malah di Malaysia juga, peminat selebriti Korea bagaikan luar biasa. Mengambil contoh filem BTS yang ditayangkan baru-baru ini, tidak perlu hadir dan hanya disiarkan seketika menerusi trailer, peminat mereka bagaikan histeria setiap kali menonton sedutan filem itu.

IKLAN

Netizen Anggap Seungri Big Bang Sebagai Nabi Isa

Terbaru, tular di media sosial mengenai seorang netizen yang dikatakan terlalu taksub dengan salah seorang ahli kumpulan Big Bang, Seungri atau juga dikenali sebagai V.I. Menerusi laman Twitter nya, gadis ini beranggap Seungri merupakan ‘jelmaan’ kepada Nabi Isa. Malah beberapa Tweet nya juga kelihatan agak terpesong memandangkan dia mengaku mengamalkan tiga ajaran agama termasuk agama Islam.

BACA  Da'i Wan Dazrin Minta Netizen Bersabar Isu Nur Sajat

Da’i Wan Beri Nasihat

Melihatkan pada kenyataan yang dikeluarkan oleh netizen itu, pendakwah muda Da’i Wan Dazrin terpanggil untuk memberi kenyataan balas. Nasihat Da’i Wan, dia mengharapkan agar gadis itu berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan umat Islam yang lain. Tegahnya lagi, dia tidak teragak-agak untuk meminta netizen yang lain menghentikan perbuatannya. Jelas sekali menerusi tweet nya, kebanyakan daripada nya lebih ke arah provokasi.